Kata Aluan Jawatankuasa Kebangsaan

Assalammualaikum wbt,  Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

5-edit Nafisah

Saya bagi mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Kebangsaan menjemput tuan/puan ke Persidangan kali ke 84, World Library and Information Congress (WLIC) yang akan di adakan pada 24 – 30 Ogos 2018 di Kuala Lumpur.

Malaysia merupakan negara ke-3 di Asia Tenggara yang diberi penghormatan selaku tuan rumah bagi persidangan bertaraf dunia ini. Ianya merupakan percubaan kali ke-3 dan akhirnya WLIC 2018 menjadi milik Kuala Lumpur.

“Transform Libraries, Transform Societies” merupakan tema yang mendasari WLIC 2018 dengan tagline “Reaching Out to the Hard to Reach”. Di era digital ini, perpustakaan di Malaysia juga telah melalui pelbagai transformasi – membangunkan perpustakaan digital, meningkatkan taraf profesionalisme pustakawan, mewujudkan progam dan aktiviti yang innovatif, menggubal semula kurikulum bidang kepustakawanan dan penglibatan dalam kerja-kerja CSR bagi mempastikan perpustakaan terus relevan walau diasak dengan kewujudan Internet dan media sosial. Diharapkan juga dengan tema ini, kita dapat belajar dari negara lain bagaimana mereka mampu mentransformasikan masyarakat mereka melalui perpustakaan.

Selain itu, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama dan adanya  jurang taraf hidup yang pelbagai bagi masyarakat di kota dan kawasan pendalaman. Ditambah pula dengan wujungnya jurang literasi maklumat dan digital menambahkan lagi cabaran untuk menstransformasi perpustakaan dan masyarakat di Malaysia. Pasti menarik jika kita juga dapat belajar dari negara luar apa yang  telah mereka usahakan dalam menangani perkara ini.

Kami menjemput para pustakawan dan profesional maklumat ke WLIC 2018. Kehadiran tuan/puan akan menjadi sebahagian daripada sejarah penting dalam perkembangan bidang kepustakawanan di negara kita. Ianya merupakan peristiwa penting yang seharusnya tidak akan kita lepaskan.

Bagi pihak seluruh ahli Jawatankuasa Kebangsaan, sekali lagi kami dengan penuh rasa bangga di atas penghormatan menjadi tuan rumah bagi persidangan kali ke-84 “World Library and Information Congress” di Kuala Lumpur pada 24 – 30 Ogos 2018.

Sekian terima kasih.

YBhg. Dato’ Hajah Nafisah Ahmad

Pengerusi,

Jawatankuasa Kebangsaan WLIC 2018.